fbpx

Dewan Rakyat: Ka Siong rayu kerajaan kecualikan kenaikan SST bil air, elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JPM

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong merayu kepada kerajaan mengecualikan kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus bagi elektrik dan air.

Beliau pada sidang Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan sepatutnya mengekalkan kadar SST bagi elektrik dan air sama seperti sektor makanan dan minuman (F&B), tempat letak kereta dan telekomunikasi.

“Saya merayu sangat kepada menteri, tolong. Kalau orang Islam kata Jumaat itu pengulu segala hari, ini bil air dan elektrik penghulu segala kenaikan. Sudah tiga kali kenaikan. Orang Kedah kata `mampuih’.

“Bil air elektrik naik. Tolonglah (dengar) keluhan rakyat (sedang) susah ini. Masih ada masa lagi tiga, empat hari untuk bincang, NACCOL (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara) bawa, Kabinet bagi keputusan untuk pengecualian. Itu permintaan kita,” katanya.

Mengulas permintaan tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, perkara berkaitan SST memang dalam mesyuarat jawatankuasa pemantauan pelaksanaan.

“Memang ada satu `paper’ khusus untuk lihat kesan dan impak. Insya-Allah perkara dibangkitkan Ayer Hitam (Ka Siong) kita akan bawa untuk dikaji dan dibawa ke mesyuarat NACCOL pada 20 Mac nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI