fbpx

Anushka Sharma mahu anak dapat kerakyatan Britain?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUSHKA SHARMA

INSTAGRAM pelakon Anushka Sharma dan suaminya, Virat Kohli dibanjiri ucapan tahniah dengan kelahiran cahaya mata kedua mereka pada 15 Februari lalu.

Biar hanya mengumumkan be­rita gembira itu lima hari kemudian, peminat serta rakan seperjuangan pasangan terbabit tetap mendoakan bayi diberi nama Akaay itu membesar dengan sihat.

Berita kehadiran orang baharu dalam keluarga kecil bintang Bollywood dan kapten pasukan kriket India itu menjadi bualan selepas mereka dikatakan sengaja memilih melahirkan anak kedua di Britain.

Rata-rata netizen beranggapan pasangan terbabit memilih melahirkan Akaay di London untuk memudahkan urusan mendapatkan taraf sebagai warganegara Britain.

Selain Akaay, mereka juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Vamika, 3, yang dilahirkan di India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI