fbpx

Sesak lebih dua jam, kemalangan di laluan Gopeng-Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan yang berlaku di laluan Gopeng-Tapah ketika ini. FOTO MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak di laluan Gopeng menghala ke Tapah di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan ekoran kemalangan pada pukul 2 petang tadi.

Menerusi perkongsian Viral Perak di Facebook, nahas jalan raya tersebut melibatkan beberapa kenderaan di Kilometer (KM) 291.8 menyebabkan lorong kiri dan kanan terhalang.

Beberapa pengguna lebuh raya turut memaklumkan mereka ‘terperangkap’ lebih dua jam dalam kesesakan tersebut.

“Sesak, sesak dari Gopeng ke Tapah di Lebuh Raya Utara-Selatan. Ada kemalangan beberapa kenderaan. Lebih tiga jam sangkut ‘trafik jam’,” kongsi Luqman di aplikasi Waze.

Sementara itu, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam kenyataan di Facebook meminta pengguna lebuh raya supaya berhati-hati ketika memandu.

“Trafik perlahan di lokasi. Berhati-hati memandu. Pihak kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi ketika ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI