fbpx

Penganggur didakwa tipu RM8,000 untuk selesai kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran ketika hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang penganggur dihadapkan Mahkamah ke Sesyen Butterworth, di sini, hari ini atas dua pertuduhan menipu seorang lelaki dengan meminta wang RM8,000 bagi menyelesaikan kes mahkamah enam tahun lalu.

Tertuduh, Amran Peaid,68, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menipu lelaki berusia 49 tahun dengan mengaku kononnya akan menggunakan khidmat peguam yang dapat menyelesaikan pertuduhan mahkamah membabitkan kes dadah seorang lelaki lain berusia 50 tahun.

Dia didakwa dengan sengaja mendorong lelaki itu memindahkan wang sebanyak RM3,000 dan RM5,000 ke dalam akaun bank pihak ketiga.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 20 dan 39 September 2018 di sebuah bank di George Town.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rehab Abdul Shukur kemudiannya menawarkan ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan beserta syarat tambahan iaitu menyerahkan dokumen perjalanan selain melaporkan diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan.

Peguam tertuduh, K. Mahendran bagaimanapun merayu supaya jaminan minimum dikenakan kerana tertuduh menghidap penyakit jantung dan diabetes selain perlu menyara seorang anak berusia tujuh tahun.

Zulhazmi kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Mac depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI