fbpx

Kedah, Perlis catat cuaca panas tahap satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pesawah ketika melakukan kerja menampi padi di tengah panas di kawasan sawah padinya di Kampung Kok Klang, Chuping, Perlis baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di 11 kawasan di Semenanjung Malaysia, hari ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, status tahap berkenaan dikeluarkan bagi mana-mana kawasan bersuhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

“Antara kawasan yang terlibat ialah Perlis, Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang di Kedah, Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar di Perak,” katanya.

Di Sabah pula, amaran sama dikeluarkan di Beaufort.

Orang ramai yang ingin merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian boleh melakukan demikian di laman web MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI