fbpx

EFL: Wataru Endo mula disayangi Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENDO (tengah) berjaya memberikan aksi terbaik ketika menguasai bahagian tengah Liverpool ketika menentang Chelsea awal pagi semalam. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa pemain tengahnya, Wataru Endo mempunyai masa depan yang cerah untuk kekal meneruskan karier dan menjadi tonggak penting buat Liverpool selepas memenangi trofi pertama Piala Liga Inggeris menewaskan Chelsea awal pagi semalam.

Endo menyertai Liverpool dari Stuttgart pada jendela perpindahan musim panas lalu dan tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan impak buat pasukan itu biarpun hanya dibeli dengan nilai £16 juta (RM96.78 juta) berbanding Chelsea yang menghabiskan £163 juta (RM985.96 juta) bagi mendapatkan Moises Caicedo dan Romeo Lavia.

Selepas berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di Merseyside, kapten Jepun itu berjaya mempamerkan aksi luar biasa termasuk ketika membantu The Reds meraih trofi pertama awal pagi semalam, malah kehadirannya lebih dominan berbanding Caicedo, manakala Lavia masih berdepan kecederaan jangka panjang.

Klopp yang bakal mengakhiri tugasnya sebagai pengurus pasukan itu hujung musim ini percaya Endo yang memiliki kontrak di Anfield sehingga 2027 mampu memikat hari pengendali baharu pasukan itu dan menjadi sebahagian rancangan jangka panjang pasukan.

“Peningkatan prestasi dan proses pembangunan yang dilaluinya cukup baik dan saya sudah beberapa kali memberitahu bahawa pasukan ini bertuah kerana berjaya memiliki Wataru.

“Selepas tiga atau empat tahun, saya percaya dia akan menandatangani kontrak lebih panjang di Anfield. Walaupun sudah berusia 30 tahun, tetapi di padang aksinya sangat berbeza apabila seakan pemain yang masih muda.

“Dia adalah seperti sebuah mesin, saya tidak takut untuk menyatakan dia luar biasa, cara dia bertahan menakjubkan dan mampu mencipta ruang untuk rakan-rakan melakukan gerakan. Dia sangat membantu kami dalam setiap perlawanan,” jelas Klopp. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI