fbpx

Agong rasmi Istiadat Pembukaan Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah memasuki Bangunan Parlimen sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.

Berangkat sama ke istiadat berkenaan ialah, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka berdua berangkat tiba pada pukul 10 pagi di Dataran Parlimen dan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Turut menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka berdua ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.

Istiadat pada pagi ini merupakan pembukaan Parlimen pertama oleh Sultan Ibrahim sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI