fbpx
Beberapa ekor lembu yang berkeliaran di Kampung Telok Sisik, Endau mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

‘Lembu dengan tuan sama degil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Penduduk di Kampung Telok Sisik, Endau di sini kecewa dengan sikap segelintir penternak yang masih membiarkan lembu peliharaan mereka berkeliaran di atas jalan hingga meragut nyawa seorang penunggang motosikal baru-baru ini.

Zaharuddin Azhar, 33, berkata, isu itu seolah-olah tidak pernah selesai walaupun banyak tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa termasuk mengadakan operasi penangkapan.

Katanya, dia merupakan antara saksi yang melihat seorang penunggang motosikal maut di hadapan rumahnya selepas me­rempuh seekor lembu yang berkeliaran pada waktu malam.

“Memang tidak sampai hati apabila melihat kemalangan itu. Kawasan itu memang gelap ditambah pula dengan haiwan ternakan berkeliaran, jika tidak hati-hati memang akan kemala­ngan.

“Mangsa maut dalam perjalanan ke hospital. Isu lembu berkeliaran bukan baharu di sini bahkan pihak berkuasa ada memberi amaran untuk tangkap tetapi apabila sudah ‘sejuk’ tuan lembu lepaskan balik haiwan dan menyusahkan,” katanya ketika ditemui.

Menurut Zaharuddin, selain resort, kawasan itu juga merupakan laluan utama untuk ke Pantai Penyabong di mana pengguna perlu berhati-hati untuk ke sana kerana bila-bila bahaya boleh menimpa.

Tambahnya, isu itu tidak wajar berulang dan perlu diben­dung bagi memberi imej yang baik kepada orang luar yang hendak ke situ.

“Itu belum termasuk najis haiwan ternakan yang bersepah di jalan raya hingga mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung,” katanya.

Ujar Zaharuddin, pemilik haiwan ternakan perlu lebih bertanggungjawab ke atas haiwan masing-masing dan dalam masa sama pihak berkuasa perlu bertindak lebih bertegas mena­ngani masalah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN