fbpx

Wanita mati dibunuh sebab enggan pinjam wang kepada suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SIBU – Enggan meminjamkan wang kepada suspek dikenal pasti sebagai motif kes pembunuhan seorang wanita di Sibu Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa dan suspek juga saling mengenali.

“Motif kejadian adalah disebabkan suspek kedua yang juga dikenali mangsa, hendak meminjam wang daripada mangsa dan tidak dibagi hingga menyebabkan kejadian ini berlaku,” katanya pada sidang media di IPD Sibu, hari ini.

Zulkipli berkata, terdapat enam kesan tikaman pada badan mangsa.

Sementara itu, beliau berkata dua orang suspek iaitu lelaki tempatan yang terbabit dalam kejadian itu sudah ditangkap.

Katanya suspek pertama berusia 28 tahun ditangkap pada pukul jam 9.30 malam tadi manakala suspek kedua berusia 27 tahun ditangkap pada pukul 9.30 pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau daripada suspek.

Zulkipli menambah, suspek pertama tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala suspek kedua mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta turut didapati positif dadah.

Zulkipli berkata dengan tertangkap kedua-dua suspek, pihaknya berjaya menyelesaikan kes itu dalam masa kurang daripada 24 jam.

“Kes ini sudah selesai dan pihak polis telah menjalankan siasatan secara profesional serta akan memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek akan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Zulkipli berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam kira-kira pukul 3.10 petang semalam, yang memaklumkan mangsa terbaring di hadapan sebuah kedai di Sibu Jaya dalam keadaan berlumuran darah.

Katanya mangsa yang berusia 24 tahun kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 11.34 malam ketika sedang dirawat di Hospital Sibu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI