fbpx

Lelaki mabuk buat kecoh di kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan pergaduhan antara seorang pelanggan mabuk dan pekerja sebuah restoran.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki bertindak agresif dengan mengambil pisau dan merosakkan beberapa peralatan kedai makan gara-gara berang apabila dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, suspek berusia 42 tahun yang dipercayai dalam keadaan mabuk itu turut bergaduh dengan sekumpulan pekerja restoran berkenaan yang terletak di Bukit Beruntung, di sini, semalam.

Katanya, kejadian yang berlaku selama kira-kira 30 minit itu membabitkan suspek warga tempatan dan enam pekerja restoran berkenaan.

“Salah seorang pekerja yang juga juruwang menyedari suspek masuk ke restoran dalam keadaan mabuk dan mula mengganggu pelanggan.

“Apabila polis tiba, suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata, pergaduhan itu mengakibatkan lelaki berkenaan cedera di jari telunjuk, siku dan kening.

“Suspek yang mempunyai enam rekod lampau kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, sebuah video memaparkan kejadian itu turut tular di aplikasi X sejak semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI