fbpx

Jangan jadikan isu kejatuhan ringgit modal politik – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar hadir pada Majlis Perasmian Restu Global Quranic Arts Festival 2024 di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya, hari ini. FOTO - FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan segelintir pihak khususnya pembangkang supaya tidak menjadikan isu kejatuhan ringgit sebagai modal politik.

Perdana Menteri berkata, beliau mengakui ketika ini negara berdepan masalah ringgit namun angka dan data ekonomi menunjukkan Malaysia berada di landasan tepat.

“Sementara kita cari jalan untuk perbaiki (memulihkan mata wang ringgit), jangan jadikan ini (isu kejatuhan ringgit) sebagai sepak terajang politik hingga mengabaikan fakta sebenar.

“Walaupun kita ada masalah ringgit tapi pelaburan tahun lalu paling tinggi dalam sejarah. Kadang-kadang orang lupa, bila jadi isu politik, mereka nak hentam saja,” katanya ketika berucap merasmikan Restu Global Quranic Art Festival di Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.

Katanya, jika dunia tiada keyakinan maka sudah tentu pelaburan negara akan berada pada kadar perlahan.

Anwar berkata, rakyat Malaysia perlu bangga apabila beberapa petunjuk ekonomi negara berada pada landasan sepatutnya biarpun keadan ekonomi dunia masih lembap.

“Ketika ini, kadar inflasi negara menurun malah kadar pengangguran juga menurun dan pertumbuhan ekonomi kita dapat dipertahankan dalam keadaan dunia lembap.

“Walaupun kita harus tangani masalah ringgit tapi ia masih ditentukan oleh dolar AS. Justeru, perdagangan Malaysia yang terbesar adalah dengan China.

“Sehingga hari ini, kira-kira 25 peratus nilai dagangan dua hala Malaysia – China bersamaan RM250 bilion diselesaikan dalam ringgit dan renminbi. Kita tak guna AS dolar.

“Kalau guna ringgit dan mata wang renminbi maka, isu dolar AS tidak ada kesan. Apa yang kita bimbang adalah kalau ringgit jatuh kemudian inflasi naik dan pelaburan terbantut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI