fbpx

Isteri orang maut ditikam dengan pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK berusia 28 tahun berjaya dicekup polis pada pukul 9.20 malam tadi.

SIBU – Polis berjaya menangkap seorang lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata suspek berusia 28 tahun itu berjaya dicekup pada pukul 9.20 malam tadi.

“Polis turut merampas sebilah pisau daripada suspek sebagai barang kes,” katanya yang dihubungi.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian seorang wanita berusia 24 tahun dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah di kawasan kaki lima kedai oleh orang awam, kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Semasa dijumpai, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai berada dalam keadaan separuh sedar sambil memegang bahagian perutnya yang cedera parah dipercayai ditikam dengan objek tajam.

“Orang awam kemudian menghubungi ambulans bagi tindakan lanjut dan dia dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, Zulkipli berkata pihaknya dimaklumkan oleh suami mangsa bahawa mangsa telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sibu pada pukul 11.30 malam tadi.

Susulan itu, katanya kes akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan polis.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian manakala motif kes juga belum dikenalpasti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI