fbpx

EPL: Arsenal tidak ada banyak pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL perlu lebih agresif terutama pada bahagian serangan untuk merobek gawang Newcastle pada awal pagi esok. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa para pemainnya kembali menunjukkan sifat agresif menjelang aksi menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Emirates awal pagi esok.

Aksi menentang Newcastle sangat penting buat Arsenal dan menjadi peluang terbaik untuk mereka mempamerkan kebangkitan selepas tewas 0-1 menentang FC Porto pada aksi Liga Juara-Juara di Stadio Dragao kelmarin.

Bagaimanapun, The Gunners juga perlu berhati-hati dan waspada dengan ancaman yang mampu diberikan oleh The Magpies yang cuba meraih kemenangan pertama di Emirates sejak 2010.

Bagaikan tidak ada pilihan, Arteta perlu merencanakan strategi paling ampuh untuk berdepan Newcastle untuk memastikan mereka mampu meraih tiga mata penuh untuk kekal menjadi salah satu calon juara EPL musim ini apabila ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Liverpool.

“Saya sangat kecewa dengan aksi yang kami pamerkan ketika menentang Porto. Kami gagal mengawal keadaan dengan baik dan kali ini saya mengharapkan jentera serangan mampu menjadi lebih ‘kejam’.

“Jika anda tidak mampu menang sekali pun, pastikan anda tidak tewas. Kami perlu lebih agresif, pecahkan benteng terakhir mereka, lakukan gerakan dan cipta sebanyak mungkin peluang untuk mendapatkan gol,” jelasnya.

Kemenangan ke atas Newcastle dianggap cukup penting buat Arsenal ketika mereka bakal berdepan cabaran dua pasukan heavyweight pada tiga perlawanan berikutnya menentang Manchester City dan Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI