fbpx

Bak kut teh diangkat sebagai warisan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Wikipedia

PETALING JAYA – Hidangan sup babi, bak kut teh yang berasal dari Klang, Selangor diangkat sebagai salah satu daripada makanan warisan negara.

Pemakluman mengenai bak kut teh itu tersenarai di dalam Perisytiharan Objek Warisan 2024 disiarkan Jabatan Peguam Negara yang juga Warta Kerajaan Persekutuan semalam.

Ia diisytiharkan oleh Pesuruhjaya Warisan, Muhamad Muda Bahadin bertarikh 16 Februari lalu.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 49(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645], Pesuruhjaya mengisytiharkan objek yang disenaraikan dalan jadual objek warisan,” katanya menerusi pengisytiharan tersebut.

Bak kut teh antara yang tersenarai dalam Perisytiharan Objek Warisan 2024 disiarkan Jabatan Peguam Negara semalam.

Selain bak kut teh, makanan ruji iaitu burasak, mi kolok dan nasi ambeng turut diangkat sebagai warisan negara.

Untuk kategori kuih-muih pula ialah dodol kukus tahi minyak, kuih genggang atau kuih lapis, kuih karas dan uthappam.

Bagi makanan pembuka selera ialah jeruk tuhau, manakala air katira juga diangkat sebagai minuman warisan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI