fbpx

Suspek ugut peniaga dengan senapang sudah dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kamarul Azran.

SEPANG – Suspek yang mengeluarkan ugutan bunuh dengan senapang terhadap seorang pemandu lori dalam insiden pergaduhan antara jiran di Kampung Baru Dengkil pada Sabtu lalu sudah dirakam keterangan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya juga sudah merujuk kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, ia termasuk rakaman keterangan 13 individu lain yang terbabit dalam insiden sama.

“Timbalan pendakwa raya akan menentukan arahan lanjut sama ada untuk mendakwa 14 individu berkenaan atau sebaliknya.

“Individu yang mengeluarkan ugutan bunuh menembak dengan senapang terhadap suspek juga sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kesemua 14 individu berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin lalu selepas semalaman ditahan dalam lokap.

Sebelum ini, seorang pemandu lori, Teo Chit Keong, 44, cedera akibat dibelasah 30 individu selepas menegur jirannya untuk mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan.

Dalam kejadian pukul 10.15 malam itu, Chit Keong bukan sahaja dipukul menggunakan objek keras seperti batu-bata, topi keledar dan batang mop selain turut diugut bunuh dengan senapang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI