fbpx

Sistem Padu dijamin selamat – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika ditemui pemberita di pekarangan Masjid Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sekali lagi memberi jaminan bahawa sistem Pangkalan Data Utama (Padu) yang diperkenalkan kerajaan adalah selamat.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, selepas didakwa telah digodam sebelum ini sebenarnya pangkalan data utama itu tidak bocor dan telah disahkan sendiri oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

“Data tersebut selamat, dah disahkan sendiri saudara Rafizi Ramli.

“Pihak National Cyber Security Agency (NACSA), Cybersecurity, Jabatan perlindungan Data Peribadi adalah sebahagian daripada pasukan yang memastikan aspek keselamatan data dan keselamatan siber,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat jumaat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Negara, hari ini.

Sementara itu, Program Madani Rakyat Zon Tengah yang diadakan di pekarangan Kompleks Sukan Kuala Selangor bermula hari ini sehingga Ahad turut menyediakan kaunter bagi rakyat untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sistem Padu.

“Kita sama-sama memeriahkan program ini, termasuklah sekiranya ada sesiapa yang hadapi kesukaran mendaftar Padu.

“Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan membuka kaunter dan boleh bertemu bagi pendaftaran sistem Padu atau bertanyakan sebarang soalan di sana,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI