fbpx

Polis hukum ibu bapa biar anak berlumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 10 remaja antara 22 individu ditahan akibat berlumba motosikal di wilayah Samut Prakan. - KhaoSod

BANGKOK, Thailand – Ibu bapa kepada 10 remaja yang ditahan ketika berlumba haram di wilayah Samut Prakan baru-baru ini didakwa di mahkamah kerana membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal secara melulu, lapor akhbar Bangkok Post.

Timbalan Ketua Polis, Leftenan Jeneral Samran Nualma mendedahkan perkara itu selepas penyiasat-penyiasat berjaya menahan 22 suspek termasuk 10 remaja terbabit kerana menjalankan dan terlibat dalam perlumbaan haram di jalan raya.

Setelah kes itu dikemukakan di mahkamah, remaja-remaja terbabit diperintahkan membayar denda sebanyak 10,000 baht (RM1,328) setiap seorang, dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan yang ditangguhkan.

Remaja-remaja terbabit turut dibicarakan di Mahkamah Juvana dan Keluarga. Mereka diperintahkan menjalani program pemulihan sebagai ganti kepada pertuduhan jenayah bagi membolehkan mereka memperbaiki diri dan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Mahkamah juga mendapati ibu bapa remaja-remaja itu bersalah kerana gagal menghalang anak-anak mereka daripada berlumba di jalan raya dan terlibat dalam kelakuan yang melanggar undang-undang sehingga mengganggu orang ramai.

Ibu bapa remaja-remaja itu diperintahkan membayar denda 10,000 baht (RM1,328) di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak. Denda itu kemudian dikurangkan kepada separuh susulan pengakuan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI