fbpx

Letupan gas: Polis sahkan dua lelaki maut pekerja warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Fairus ketika sidang akhbar kejadian letupan gas di sebuah bengkel kimpalan, di Puchong Utama, Subang Jaya, hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

SUBANG JAYA – Polis mengesahkan dua individu yang maut dalam kejadian letupan gas di Taman Perindustrian Puchong Utama di sini, hari ini adalah pekerja warga asing.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd. Fairus Jaafar berkata, kedua-dua lelaki tersebut berusia 30-an namun belum mengenal pasti warganegara mangsa.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang bagi proses bedah siasat.

“Dalam kejadian terbabit, dua lagi mangsa iaitu rakyat tempatan cedera parah dan ringan turut dirawat di hospital sama,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian.

Jelas Mohd. Fairus, siasatan awal turut mendapati premis tersebut merupakan sebuah kilang besi yang telah beroperasi sejak 10 tahun lalu.

Tambah beliau, pemeriksaan dijalankan mendapati kilang terbabit mempunyai lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) namun memerlukan siasatan lanjut berhubung status pendaftaran tersebut.

“Kejadian membabitkan bangunan lot kedai satu tingkat iaitu kilang besi. Kita akan mengambil keterangan pemilik premis bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian terdapat beberapa tong gas ditemukan. Dalam insiden terbabit, ada empat pekerja dalam premis terbabit,” ujarnya.

Susulan itu, beliau berkata, siasatan punca kejadian dipercayai akibat satu tong gas acetylene yang meletup dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu, dua mayat yang terlibat insiden letupan gas di sebuah premis di Taman Perindustrian Puchong Utama di sini, hari ini, ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 10.14 pagi berkaitan kejadian itu.

Tambah Mukhlis, dua mangsa disahkan meninggal dunia manakala dua lagi yang mengalami kecederaan selamat diberikan bantuan pernafasan selain rawatan awal.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI