fbpx

Kanak-kanak perempuan 11 tahun dipaksa jual tubuh diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang diekploitasi dipercayai menjadi hamba seks sejak dua bulan lalu berjaya diselamatkan dalam serbuan di sebuah lot kedai di Banting, di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 petang itu turut menyelamatkan seorang wanita bersama bayinya selain seorang lagi kanak-kanak lelaki yang kesemuanya berusia 11 bulan hingga 25 tahun.

Operasi tersebut dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati modus operandi sindiket adalah mengubah suai premis tersebut dengan menjadikannya kepada empat bilik.

Katanya, setiap bilik tersebut hanya menggunakan langsir sebagai penutupnya.

“Hasil siasatan turut mendapati premis pelacuran itu telah beroperasi sejak dua bulan lalu dengan menyasarkan pelanggan di kalangan warga asing.

“Semasa serbuan dijalankan, polis juga berjaya menangkap seorang wanita warga tempatan yang berperanan sebagai ibu ayam dan dua wanita warga Indonesia sebagai pelacur berusia 45 hingga 57 tahun,” katanya hari ini.

Jelas beliau, polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap status dua kanak-kanak yang diselamatkan itu termasuk yang disyaki dipaksa melacur. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI