fbpx

Himpunan RXZ 6.0 September depan, kaki motor harap tidak kena ‘pukat’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian motosikal milik peserta Himpunan Motosikal Yamaha RXZ 5.0 yang dianjurkan di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus tahun lalu.

KUALA TERENGGANU – Walaupun pernah mencetuskan kontroversi kerana didakwa menjadi sasaran ‘pukat’, program Himpunan Motosikal RXZ Members 6.0 tetap diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus pada 14 September ini.

Perkara itu disahkan Pengarah program, Mohamad Faizal Mat Ali yang memaklumkannya menerusi satu klip video yang dimuat naik di platform media sosial RXZ Members-Official malam tadi.

Menerusi video berdurasi 2.01 minit itu, beliau turut mengumumkan program edisi keenam tersebut bakal menawarkan hadiah utama berupa kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire 2.5L.

Pengumuman itu mendapat reaksi memberangsangkan daripada peminat Yahama RXZ seluruh negara yang seolah-olah tidak sabar untuk berkumpul sekali lagi pada tahun ini di Terengganu.

Begitupun, rata-rata mereka berharap tiada lagi operasi penguatkuasaan yang menyasarkan untuk ‘memukat’ penunggang motosikal berkenaan sewaktu penganjuran berlangsung seperti tahun lalu.

Kosmo! pada 10 September 2023 melaporkan sebahagian besar peserta Himpunan Motosikal RXZ 5.0 kecewa apabila dijadikan sasaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis sepanjang penganjuran program berkenaan.

Sebahagian besar 60,000 peserta mendakwa mereka serik berkunjung ke Terengganu dan mencadangkan edisi seterusnya dipindahkan ke negeri lain yang lebih mesra motosikal RXZ.

Begitupun, Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin tampil mempertahankan tindakan penguatkuasaan tersebut dan memaklumkan tidak timbul isu ‘pukat-memukat’ bagi mencari kesalahan peserta program. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI