fbpx

Faisal Halim dahului undian jaringan gol terbaik Piala Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mata undian anugerah jaringan terbaik temasya Piala Asia 2023 yang sedang didahului Faisal Halim, setakat pukul 3 petang hari ini.

PETALING JAYA – Pemain sayap sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim jauh meninggalkan pemain-pemain lain dalam undian bagi anugerah jaringan terbaik temasya Piala Asia 2023.

Gol Faisal pada minit ke-51 ketika menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan E berentap sebagai calon bersama tujuh lagi gol.

Tinjauan Kosmo! di laman sesawang pengundian tersebut setakat pukul 3 petang, Faisal mendahului sebanyak 64 peratus dengan 69,253 undian.

Angka itu jauh meninggalkan pemain-pemain lain seperti seperti pemain Jordan, Mousa Al-Tamari (22 peratus), ketua pasukan Korea Selatan, Son Heung-min (sembilan peratus) dan bintang Iran, Sardar Azmoun (tiga peratus).

Empat lagi pemain lain ialah Keito Nakamura (Jepun) hanya mampu mengutip 391 undian, Hassan Al-Haydos (Qatar) 326 undian, Supachok Sarachat (Thailand) 2,219 dan Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) 224 undian.

Untuk rekod, sebanyak 132 gol dijaringkan dalam 51 perlawanan ketika Piala Asia berlangsung pada nisbah 2.59 setiap perlawanan.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan peluang kepada peminat untuk mengundi jaringan mana yang menurut mereka terbaik.

Peminat bola sepak tanah air boleh menghantar undi di laman https://www.the-afc.com/en/national/afc_asian_cup/news/vote_for_your_continental_goal_of_the_tournament.html yang akan dibuka sehingga 25 Februari.

Skuad Harimau Malaya melengkapkan aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan bulan lalu.

Pada perlawanan di Stadium Al Janoub itu, skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih keputusan seri 3-3 dengan pasukan di tangga ke-23 dunia itu.

Persembahan Harimau Malaya mengikat Korea Selatan itu sekurang-kurangnya mengubat duka kem negara untuk membawa pulang satu mata daripada edisi ke-18 ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI