fbpx

Suspek 20 kes samun ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun yang dipercayai terlibat dalam 20 kejadian samun melibatkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar bandar ini berjaya ditahan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian samun di ATM berkenaan sejak awal tahun lalu yang mana ia melibatkan kerugian wang tunai dan barang kemas.

“Lanjutan daripada tindakan siasatan, pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes-kes tersebut.

“Dengan tertangkapnya suspek ini, pihak polis daerah Ipoh berjaya menyelesaikan 20 kes samun di ATM bank di dalam daerah Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan berjaya mendapat pertuduhan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 kanun yang sama.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23 Februari 2024 (esok),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI