fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 7 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

 

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di tujuh negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, antara kawasan terlibat di Perak adalah Batang Padang dan Muallim) manakala di Selangor adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

“Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya juga diramal cuaca buruk yang sama.

“Ribut petir turut diramal di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) diikuti dengan seluruh Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru),” katanya.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat turut dijangka di Sarawak melibatkan kawasan Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Kapit (Song).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI