fbpx

Penghormatan terakhir rakyat Sarawak buat Taib Mahmud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana Istiadat Penghormatan Negeri kepada Allahyarham Tun Taib di kompleks DUN Sarawak, hari ini.

KUCHING -Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud kini berada di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya untuk diberi penghormatan terakhir oleh rakyat jelata sehingga pukul 11.30 pagi nanti.

Keranda membawa jenazah Abdul Taib tiba di Atrium, DUN Sarawak pada pukul 7.50 pagi tadi dengan turut diiringi isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, empat anaknya – Jamilah Hamidah Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib dan Hanifah Hajar Taib serta ahli keluarganya yang lain.

Usai pukul 8 pagi, orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat mula berpusu-pusu hadir bagi memberi penghormatan terakhir figura Sarawak itu.

Turut hadir Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, timbalan-timbalannya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, ahli-ahli kabinet negeri, ketua-ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua masyarakat.

Sebaik selesai Istiadat Penghormatan Negeri itu, jenazah Allahyarham Abdul Taib, yang merupakan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak akan disolatkan di Masjid Demak, Jalan Bako.

Selepas selesai waktu solat zohor, Allahyarham akan disemadikan di tepi pusara isterinya, Laila Taib di tanah perkuburan keluarganya di Demak Jaya, Jalan Bako.

Upacara pengebumian Tun Taib turut dijangka dihadiri oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI