fbpx

Kehidupan Siti berubah, kini terlantar atas katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Rahmah (kiri) hanya menghabiskan masa di atas katil selepas terjatuh berhampiran rumahnya di Kampung Pasir, Slim Village, Tanjung Malim pada awal bulan lalu.

TANJUNG MALIM – Kehidupan harian seorang wanita warga emas dari Kampung Pasir di sini berubah sekelip mata selepas hanya terlantar di atas katil selepas terjatuh di rumahnya dalam kejadian awal bulan lalu.

Siti Rahmah Mohammed, 69, yang belum berkahwin berkata, dia kini terpaksa mengharapkan ihsan dan bantuan anak saudaranya untuk membantu menguruskan kehidupan sehariannya.

“Sebelum ini saya memang menetap seorang diri di rumah dan boleh menguruskan kehidupan sendirian, tetapi kejadian pada awal Januari lalu telah mengubah segalanya.

“Sebenarnya, kejadian terjatuh itu berlaku ketika saya ingin ke rumah anak saudara untuk bermalam dan berjumpa dengan anak mereka.

“Namun, mungkin kerana terlalu teruja dan tidak sabar, saya tiba-tiba terjatuh di jalan batu yang agak licin,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Siti Rahmah, beberapa jiran yang melihat kejadian itu kemudian menghantarnya ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya lagi, selepas beberapa hari mendapat rawatan di hospital, beliau dibenarkan pulang dan terus menetap di rumah anak saudaranya.

“Pinggang saya sakit dan doktor belum melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya ada tulang yang retak atau patah. Sekarang ini, saya hanya habiskan masa di atas katil dan tidak boleh me­lakukan apa-apa aktiviti.

“Saya boleh berdiri sekejap dengan bantuan anak saudara selain menggunakan kerusi roda untuk mandi atau buang air kecil.

“Apa yang membimbangkan apabila wang simpanan kini semakin susut kerana perlu membeli lampin dewasa selain mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Menurut Siti Rahmah lagi, dia ketika ini bergantung kepada bantuan RM500 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat selain sumbangan katil hospital mudah alih sumbangan Ahli Dewan

Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi anak saudaranya, Jamilah Ha­yat@ Noni Hayat di talian 013-464 6236.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI