fbpx

Boikot: Berjaya Food terjerumus ke dalam kerugian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto oleh AFP

PETALING JAYA – Berjaya Food Bhd. (BFood) merekodkan kerugian bersih sebanyak RM42.58 juta pada suku tahun kedua berakhir 31 Disember 2023, berbanding untung bersih RM35.49 juta yang dicatatkan pada suku sama pada 2022.

Pendapatan Kumpulan turut merosot sebanyak 38 peratus kepada RM182.55 juta, daripada RM295.32 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BFood berkata, prestasi berkenaan terutamanya adalah disebabkan jualan lebih rendah yang dicatatkan selain kerugian sekali daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods Pte Ltd.

“Penurunan pendapatan kebanyakannya berpunca daripada boikot berkaitan konflik di Asia Barat,” katanya.

Sementara itu, Maybank IB dalam nota penyelidikannya menyemak turun harga sasaran BFood kepada 40 sen daripada 52 sen sesaham sebelum ini.

Menurut firma penyelidikan berkenaan, prospek pertumbuhan jangka panjang BFood berkemungkinan kekal negatif sekiranya ketegangan geopolitik di Asia Barat berterusan dan hakisan keyakinan jenama menjadi kekal dalam kalangan pengguna.

Pada sesi dagangan hari ini, saham BFood merosot 3.51 peratus kepada 55 sen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI