SUNGAI PETANI – Cuaca panas ketika ini memberi rezeki lumayan kepada seorang peniaga air kelapa muda di sini apabila dia mampu meraih pendapatan sehingga tiga kali ganda.
Badrul Ikmal Shamsudin, 26, berkata, sebelum ini dia hanya mampu menjual 100 biji kelapa sehari, namun meningkat mendadak sehingga 300 biji ketika ini.
“Cuaca panas menyebabkan orang ramai mencari air minuman yang menyegarkan dan sudah pasti air kelapa menjadi pilihan.
“Permintaan tinggi menyebabkan saya terpaksa mengupah pembantu seramai enam orang selain menambah stok kelapa setiap hari,” katanya.
Menurut Badrul, selain air kelapa muda, kedai milik bapanya itu iaitu Warung Air Nyiok TokDin turut menjual produk lain seperti ‘coconut shake’,
‘mango shake’ dan air kelapa lemon.
“Saya masih mengekalkan harga RM2 bagi segelas, manakala sebiji kelapa boleh didapati pada harga RM5,” katanya.














