fbpx

Johari ditawar jadi Pengerusi-Bersama FACT Dialogue

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia semalam.

PETALING JAYA – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ditawarkan menjadi Pengerusi-Bersama dalam Forest, Agriculture and Commodity Trade (FACT) Dialogue yang akan dihadiri oleh 30 buah negara.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook berkata, FACT Dialogue mewakili 75 peratus daripada perdagangan global dalam agrikomoditi seluruh dunia untuk membincangkan apakah amalan terbaik, cabaran dan perbincangan tindakan yang realistik serta praktikal.

“FACT Dialogue ini adalah dialog diantara kerajaan kepada kerajaan (G2G) untuk perbincangan dalam soal-soal ‘deforestation’, menangani krisis iklim dan biodiversiti, serta ke arah amalan guna tanah yang lebih mampan.

“Jadi dalam FACT Dialogue dimana saya dijemput untuk menjadi Pengerusi-Bersama ini akan membincangkan beberapa isu yang bersangkut paut dalam beberapa bidang utama,” katanya hari ini.

Johari menjelaskan, isu bersangkut paut dalam beberapa bidang utama yang akan dibincangkan itu termasuk pengeksportan komoditi negara daripada segi perdagangan dan pembangunan pasaran.

Menurut beliau, isu berkenaan sokongan pekebun-pekebun kecil serta kebolehkesanan, ketelusan, penyelidikan dan pembangunan R&D serta inovasi dalam komoditi turut dibincangkan.

Terdahulu, Johari memaklumkan, semalam beliau berpeluang berjumpa Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ailsa Terry dan berbincang mengenai pelbagai isu serta perkara-perkara yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI