fbpx

6 pendaki sesat di Gunung Angsi ditemui selamat, seorang cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima pendaki ditemukan selamat, manakala seorang wanita cedera di bahagian lutut tengah malam tadi selepas tersesat lebih enam jam di dalam hutan Gunung Angsi, di sini, semalam. -IHSAN BOMBA

KUALA PILAH – Enam pendaki erdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki yang sesat di dalam hutan Gunung Angsi di sini ditemui selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan pada pukul 12.02 tengah malam tadi selepas tersesat lebih enam jam.

Ketua Zon 3 Negeri Sembilan, Penguasa Bomba (PgB) Yusry Abdullah Sani berkata, keenam-enam mereka dalam keadaan selamat, namun seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian lutut dan telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Khas jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Menurutnya, mangsa berusia lingkungan 28 hingga 31 tahun berasal dari pelbagai negeri antaranya Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor ditemukan dalam keadaan baik dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Terdahulu kami menerima makluman kejadian tersebut daripada pihak polis pada pukul 7.31 malam (semalam). Pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Menanti tiba di lokasi kejadian 10 minit selepas aduan diterima dan mendapati terdapat dua buah kenderaan iaitu Perodua Axia dan Bezza diparkir di kaki gunung berkenaan.

“Dalam operasi mencari dan menyelamat ini, selain pasukan bomba, polis, malim gunung, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia antaranya turut serta dan dipecahkan beberapa kumpulan berdasarkan jangkaan mangsa akan keluar mengikut tiga laluan lain iaitu di Ulu Bendul, Kampung Jkin dan Taman Tuanku Ja’afar (TTJ) di Seremban,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Yusry lagi, mangsa yang memulakan pendakian di Gunung Angsi pukul 9 pagi selamat di bawa keluar kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi dan operasi ditamatkan 10 minit kemudian. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI