fbpx

Malaysia, Jepun teroka kerjasama baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid menyaksi pertukaran dokumen MoU antara wakil MyDigital dan Toshiba Digital Solutions Corporation, hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia dan Jepun akan meneroka lebih banyak kerjasama dalam bidang teknologi dan inovasi selepas dua syarikat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), hari ini.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama itu membabitkan dua syarikat iaitu MyDigital Corporation dari Malaysia, manakala Jepun diwakili Toshiba Digital Solutions Corporation.

Beliau berkata, kerjasama antara kedua-dua organisasi itu berfokus kepada ruang lingkup data radar cuaca, perancangan perjalanan, peruncitan pintar, ketahanan infrastruktur jalan raya serta ramalan kawasan banjir.

“Saya melihat Jepun dan Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dalam kerjasama ekonomi, inovasi teknologi dan pertukaran budaya.

“Malah, penandatanganan perjanjian hari ini merupakan langkah ke hadapan dalam menterjemahkan komitmen Malaysia dalam menjalinkan hubungan yang lebih erat serta membuka jalan bagi pencapaian yang lebih besar di masa hadapan,”tulisnya di laman Facebook, hari ini.

Terdahulu, beliau memberitahu, majlis MoU terbabit telah diadakan di Ibu Pejabat Toshiba di Tokyo, Jepun.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut berterima kasih kepada kedua-dua organisasi tersebut atas usaha mereka dalam inisiatif itu.

“Saya berharap agar lebih banyak organisasi dari Malaysia dan Jepun dapat menjalinkan bekerjasama dan berkolobarasi, khususnya dalam bidang teknologi,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI