fbpx

[VIDEO] ‘Ibuku syurgaku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian di Instagram Hani Abu Rezeq semalam.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman memaparkan beberapa orang kanak-kanak berusaha melindungi ibu mereka daripada hujan ketika wanita itu sedang menyiapkan makanan.

Menerusi perkongsian wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq semalam, kanak-kanak tersebut menggunakan sehelai tikar yang sudah usang untuk dijadikan bumbung kepada ibu mereka.

Menurut Hani, keluarga kecil itu kini berada di bandar Rafah yang menjadi penempatan terakhir buat lebih sejuta rakyat Palestin selepas berjaya keluar dari tengah Gaza.

“Ibuku syurgaku,” kata Hani pada kapsyen video tersebut.

Dalam pada itu, sudah melepasi empat bulan peperangan di antara Palestin dan tentera penceroboh masih belum menemui kedamaian sehingga kini sejak mula tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.

Lebih 30,000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam di seluruh Gaza sehingga ramai anak-anak kecil menjadi yatim piatu akibat kehilangan insan tersayang.

Mereka bukan sahaja dibunuh, tempat tinggal juga dimusnahkan seperti padang pasir sehingga lebihan rakyat yang masih hidup terpaksa berlari ke Rafah sebagai perlindungan terakhir.

Terbaharu, penempatan lebih sejuta rakyat Palestin di Rafah turut menerima ancaman daripada tentera rejim Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI