fbpx

Peminat terberak ketika sesi bertemu idola K-Pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana menjadi kecoh apabila seorang peminat secara tidak sengaja membuang air besar di dalam dewan. - FOTO APLIKASI X

PETALING JAYA – Seorang peminat didakwa membuang air besar secara tidak sengaja ketika sesi bertemu dengan barisan penyanyi dari Korea Selatan sempena Anugerah Muzik Hanteo 2024 di Dongdaemun Design Plaza, Korea Selatan, baru-baru ini.

Situasi tersebut telah menyebabkan penyanyi dan penonton terpaksa menekup hidung serta mulut menahan bau busuk najis itu sehingga persembahan selesai.

Beberapa gambar dan video turut tular di aplikasi X sehingga menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Difahamkan, perkara itu hanya disedari selepas para penonton yang berada di bahagian berdiri terhidu bau busuk sebelum memanggil pengawal bertugas untuk memeriksa.

Semakan Kosmo! di laman X, terdapat seorang individu mengakui bahawa dirinya adalah punca berlakunya kekecohan tersebut telah membuat permohonan maaf.

Katanya, dia juga bersedia untuk membayar kos mendobi jika najisnya terkena pada pakaian penonton yang hadir.

“Saya adalah orang yang membuang air besar di dalam seluar di Anugerah Muzik Hanteo. Saya menyedari bahawa ramai orang telah menderita kerana saya semasa saya melihat melalui Twitter.

“Saya minta maaf kerana menyusahkan ramai orang. Saya akan mengingati kejadian hari ini dan saya minta maaf sekali lagi kerana merosakkan hari yang baik.

“Sekiranya najis saya terkena pada pakaian anda, tolong hubungi saya di ruang mesej dan saya akan bayarkan kos mendobi,” ciapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI