fbpx

Mutang Tagal dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mutang.

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas, Datuk Mutang Tagal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20, hari ini.

Beliau mengangkat sumpah pada pukul 2.10 petang di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau merupakan calon tunggal yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan tersebut.

Mutang, 69, adalah etnik Lun Bawang pertama dari Sarawak yang menjadi presiden Senat dan seorang peguam.

Beliau pernah berkhidmat dua penggal sebagai ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990, sebelum kawasannya dimukimkan semula kepada kerusi Limbang dan Lawas.

Sementara itu Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Mutang sebagai Ahli Dewan Negara adalah bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Februari 2024 sehingga 14 Februari 2027.

Menurut kenyataan itu, lantikan beliau merupakan lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI