fbpx

MHL: MU di ambang gelaran trebel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain MU meraikan kejayaan mereka menewaskan PDRM Blue Warriors kelmarin. – PKS HOKI UNITEN

KEMENANGAN 3-0 ke atas PDRM Blue Warriors pada aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) kelmarin memberi keyakinan kepada Malaysian University (MU) untuk mencapai sasaran meraih ­gelaran trebel musim ini.

Jurulatih MU, Lailin Abu Hassan melaungkan keyakinan skuad kendaliannya mampu untuk meraih dua lagi kejuaraan selepas merangkul Piala Sumbangsih ketika menewaskan Negeri Sembilan awal bulan ini.

Bagaimanapun, beliau menggesa barisan pemainnya supaya memberikan sepenuh perhatian terhadap aksi liga bagi memastikan mereka tidak tercicir sebarang mata dalam baki perlawanan akan datang.

“Memang itu yang kita harap­kan iaitu sasaran trebel yang dile­takkan pihak pengurusan. Harap pemain-­pemain fokus dengan prestasi individu terlebih dahulu untuk kita dapatkan gelaran trebel.

“Jalan itu sudah nampak (trebel) selepas kami menewaskan PDRM dan prestasi semakin meningkat. Saya harap pemain kekalkan prestasi seperti ini dan terus menunjukkan mentaliti kemenangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau turut menjelaskan bahawa tiga aksi selepas ini menentang Mutiara Impian, Pasukan Hoki Wanita Liaoning dan CS Mustang HT merupakan aksi wajib menang sekiranya MU mahu menjulang gelaran liga.

Mengulas kemenangan ke atas PDRM, Lailin gembira de­ngan kemenangan tersebut memandangkan perebutan takhta liga semakin mencabar apabila menganggap lima pasukan berpeluang untuk muncul juara.

“Sekarang peluang terbuka untuk lima pasukan merebut gelaran liga. Semalam (kelmarin) saya nampak pemain-pemain MU semakin mendapat sentuhan dan harap ia dikekalkan dalam perlawanan akan datang.

“Apa yang mengganggu kami sebelum ini adalah seri de­ngan Negeri Sembilan dan QNET Phoenix. Saya harap kami boleh me­ngutip sembilan mata menentang Mutiara Impian, Liaoning dan Mustang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI