fbpx

Atiq Azman mengaku silap, berani tayang aurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Atiq Azman mengakui khliaf terlalu berkongsi aurat dalam media sosial sehingga mencetuskan sensasi peminat.

PETALING JAYA – Pelakon Atiq Azman mengakui kesalahan diri sendiri sehingga dikecam netizen, gara-gara semakin berani untuk mendedahkan aurat dengan menayang bentuk tubuhnya dalam media sosial.

Walau bagaimanapun, Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 24, meminta netizen supaya menggunakan cara yang betul dengan menjaga kata-kata sewaktu memberikan teguran kepadanya.

“Pertama sekali, terima kasih kerana menegur. Apa yang boleh saya cakap, saya mengaku memang salah saya (menayang aurat) dan tidak menjaga batas.

“Namun yang menjadi masalah apabila saya ditegur dengan cara yang salah. Walaupun tidak nampak perubahan itu (selepas ditegur), namun kita tidak tahu pengakhiran hidup seseorang itu bagaimana,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menjadikan penghijrahan imej pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman sebagai contoh, Atiq turut meminta netizen supaya tidak menjadi hakim dengan menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya terhadap dirinya.

“Contoh, lihat sahaja pelakon Norreen Iman sekarang. Kita tahu dahulu dia bagaimana (seksi), tetapi lihat dia sekarang.

“Jangan hukum seseorang. Sebaliknya doakan yang baik-baik dan tegurlah dengan cara yang betul,” jelasnya.

Pada masa sama, Atiq yang pernah bergelar pelajar tahfiz ketika mendapatkan pendidikan di sebuah sekolah agama, turut mengakui tidak memanfaatkan ilmu yang dimilikinya itu dengan baik.

“Walaupun saya ada latar belakang pendidikan di sekolah agama, saya akui memang salah saya juga. Saya ada asas dalam bidang tersebut (agama), namun saya tidak gunakan dengan cara yang baik.

“Terus terang, saya minta maaf memang salah saya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu turut memberitahu telah kerap ditegur keluarga kerana kecaman netizen yang dilemparkan kepadanya.

Kata Atiq, dia juga mahu berterima kasih kepada keluarga dan mengambil teguran tersebut untuk memperbaiki diri pada masa hadapan.

“Keluarga juga sudah kerap menegur saya. Iya, memang salah saya. Terima kasih juga pada keluarga sebab sentiasa tegur anak mereka. Memang saya ada masalah pun.

“Saya ambil teguran itu untuk menjadi manusia yang lebih baik di masa hadapan,” katanya.

Sebelum ini, Atiq pernah dikecam kerana menayang otot perut atau ‘six pack’ ketika bercuti di sebuah pulau peranginan di Terengganu sehingga mencetuskan pelbagai reaksi khalayak.

Atiq kemudiannya tampil mempertahankan diri dan sempat ’menyekolahkan’ netizen, selain meluahkan rasa berang apabila ada individu bertindak melampau sehingga sanggup menghinanya.

Katanya, dia bukan tidak boleh menerima teguran, namun komen dilemparkan seolah-olah pihak terbabit langsung tiada dosa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI