fbpx

3.56 juta rakyat Malaysia sudah daftar Padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 3.56 juta individu sudah membuat pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) di seluruh negara setakat pukul 11.59 malam tadi.

Menerusi laman Facebook PADU Official, jumlah tersebut dikeluarkan berdasarkan sumber data pentadbiran yang telah dikemaskini.

Data terkini individu yang telah mendaftar Padu.

“Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah mengemaskini maklumat dalam sistem Padu,” katanya.

Dalam pada itu, melihat kepada data yang dikongsikan, tiga negeri iaitu Selangor, Sarawak dan Johor merekodkan jumlah pendaftaran tertinggi sejak sistem itu dilancarkan 2 Januari lepas dengan masing-masing melepasi 340,000 pendaftar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI