fbpx

Liga Futsal: Selangor FC sasar juara MPFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad futsal Selangor FC ditemui ketika majlis pelancaran jersi musim 2024 di Shah Alam semalam. - Foto ihsan Asiana.My

SKUAD futsal Selangor FC berharap dapat kembali merampas kejuaraan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) menjelang aksi pembuka tirai musim baharu menentang Sabah FA esok.

Ketua jurulatih futsal Selangor FC, Edgar Baldasso mengakui pasukannya kini sudah bersedia sepenuhnya tetapi dalam masa yang sama menghormati kekuatan tujuh pasukan yang bertanding di divisyen 1.

“Sasaran kami adalah untuk bergelar juara tetapi saingan liga kali ini adala lapan pasukan yang memiliki kualiti tersendiri.

“Namun, saya percaya dengan keupayaan pasukan dan kita dapat fokus mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Misi utama adalah untuk memulakan kempen pertama menentang Sabah FA dengan langkah kanan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jersi Futsal Selangor FC di Shah Alam semalam.

Sebagai rekod, kali terakhir Selangor bergelar juara MPFL ialah pada musim 2022 manakala musim lalu skuad Gergasi Merah menamatkan saingan di kedudukan ketiga terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI