fbpx

Trend rakam aksi cium Kaabah dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trend merakam aksi cium Kaabah ketika mengerjakan ibadah di Tanah Suci dikecam orang ramai.

PETALING JAYA – Orang ramai mengecam segelintir umat Islam yang merakam aksi mencium Kaabah sewaktu mengerjakan ibadah di Tanah Suci.

Trend itu dikongsikan pengguna aplikasi TikTok dengan rata-rata orang ramai mengecam perbuatan tersebut memandangkan ia dilakukan sewaktu mengerjakan ibadah.

Seorang wanita turut membuat hantaran di Facebook mengecam aksi itu yang mana tindakan merakam tersebut dibuat ketika jemaah lain berebut untuk menyentuh Kaabah.

“Di TikTok sekarang, tengah trending buat ‘transition’, sebelumnya cium dinding rumah dan bertukar cium dinding Kaabah.

“Aku hairanlah, macam mana depa (mereka) boleh tergamak merakam ketika jemaah lain sedang berebut nak sentuh Kaabah. Bersilang tangan sehingga mengganggu jemaah lain semata-mata hendak ikut trend TikTok, ada siap rakam aksi menangis lagi.

“Jomlah sama-sama kita membantah aktiviti ini,” katanya menerusi hantaran hari ini.

Ramai yang bersetuju dengan pandangan wanita tersebut sekali gus ada yang mengajak umat Islam lain supaya tidak terikut-ikut dengan trend dedemikian.

“Seorang pernah ustaz berkata, susah pergi cari keredaan Allah, tapi tunjuk kepada orang, jadi lesap pahala itu,” komen pengguna lain.

“Saya pun hairan jenis buat ‘content’ (kandungan) sampai ibadah pun sibuk nak rakam,” kata seorang lagi pengguna Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI