fbpx

Seorang parah, trak tentera terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trak tentera yang terbabas dalam kemalangan terbabit.

JEMPOL – Dua anggota tentera cedera apabila trak tentera yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Besar Palong 7,8 – Palong 4,5,6, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, pemandu dan penumpang trak tentera masing-masing berusia 21 tahun dan 38 tahun itu baru selesai menjalani latihan di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang.

Kedua-dua mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Sungai Udang, Melaka dan trak berkenaan membawa bekalan makanan serta peralatan dapur.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, trak berkenaan secara tiba-tiba telah hilang kawalan sebelum melanggar sebatang tiang elektrik dan terbabas masuk ke bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat insiden itu, pemandu trak tentera itu cedera parah iaitu patah bahu kiri dan cedera di kaki, manakala seorang lagi mengalami luka-luka dibahagian tangan dan kaki.

“Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI