fbpx

Kereta bawa tong petrol seludup terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kereta yang membawa muatan 10 tong petrol di Jalan Tanah Merah-Jeli dekat Kampung Jedok, Tanah Merah, Kelantan hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

TANAH MERAH – Seorang lelaki dipercayai penyeludup bertindak melarikan diri selepas kereta membawa muatan 10 tong berisi petrol yang dipandu terbakar di Jalan Tanah Merah-Jeli berdekatan Kampung Jedok, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi selepas beberapa penduduk terdengar bunyi dentuman dari kereta jenis Proton Persona di luar rumah mereka.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Nor Azli Mat Hassan berkata, salah seorang remaja keluar dan mendapati kereta tersebut sedang terbakar kira-kira 30 meter dari rumahnya.

Seramai enam anggota bomba bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai, pihak kami mendapati hampir 90 peratus kereta itu musnah dijilat api. Pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut membawa lebih 10 tong berisi petrol,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Nor Azli memberitahu, pemandu kereta bagaimanapun sudah melarikan diri sewaktu kejadian tersebut berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI