fbpx

Bina hospital di Gaza guna dana Mapim, bukan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (tiga kanan) diberi penerangan ketika hadir pada majlis memeterai kolaborasi strategik antara KPJ Healthcare Berhad dan Mayo Clinic di Hospital Pakar Damansara 2, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PETALING JAYA – Cadangan pembinaan hospital ihsan di Gaza, Palestin tidak menggunakan peruntukan kerajaan, sebaliknya melibatkan dana yang dikumpul Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan perkara tersebut bagi menjawab kekeliruan segelintir pihak.

Kata Dzulkefly, Mapim mempunyai dana sebanyak RM30 juta, hasil sumbangan orang ramai dan meminta bantuan kerajaan menerusi KKM bagi membantu penduduk di Gaza.

“Apa yang berlaku dalam persidangan itu ialah Mapim berjaya kutip RM30 juta. Jadi, mereka menyampaikan hasrat (untuk membina hospital di Gaza) dengan bantuan kerajaan Malaysia

“Saya berkata ini adalah idea yang murni dan saya akan bentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kolobrasi Strategi antara KPJ Healthcare Berhad dan Pusat Akademik Kesihatan, Amerika Syarikat, Mayo Clinic di Hospital Pakar Damansara 2, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Dzulkefly akan membawa cadangan pembinaan hospital ihsan itu kepada Anwar bagi membina semula Gaza.

Dzulkefly berkata, pihaknya sudah mempunyai senarai pegawai dan kakitangan perubatan yang bakal ditempatkan di sana kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI