fbpx

Saintis Russia semakin hampir cipta vaksin kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Pusat Penyelidikan Kanser Russia, Moscow. - Foto AFP

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin menyatakan bahawa saintis-saintis negara itu kini semakin hampir untuk menghasilkan vaksin yang didakwa boleh merawat penyakit kanser, lapor akhbar Daily Sabah.

Beliau membuat kenyataan itu menerusi siaran televisyen dengan menjelaskan bahawa ubat bagi meningkatkan sistem imun untuk generasi baharu penduduknya juga semakin hampir dihasilkan.

“Saya berharap agar tidak lama lagi, ia akan digunakan secara berkesan sebagai kaedah terapi individu,” katanya ketika bercakap pada satu forum mengenai teknologi masa depan, di Moscow.

Putin bagaimanapun tidak menyatakan jenis kanser yang boleh dirawat menggunakan vaksin itu.

Setakat ini, beberapa buah negara dan syarikat sedang berusaha menghasilkan vaksin kanser.

Pada tahun lepas, kerajaan Britain menandatangani perjanjian dengan syarikat BioNTech yang berpangkalan di Jerman untuk membuat ujian klinikal terhadap rawatan kanser.

Syarikat farmaseutikal, Moderna dan Merck & Co juga sedang membangunkan vaksin kanser yang dalam peringkat kajian bagi mengurangkan risiko kematian akibat melanoma iaitu kanser kulit. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI