fbpx

Lebih ramai wanita hidap kanser di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasemani (tiga dari kiri) merasmikan sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat Terengganu di Taman Tasik Bandar Al Wathiqu Billah, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Rakyat Terengganu yang menghidap kanser meningkat 621 orang pada tahun lalu berbanding 575 orang pada tahun sebelumnya.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, 56.6 peratus atau 350 pesakit kanser negeri ini adalah wanita manakala selebihnya pula lelaki.

“Lima kes kanser tertinggi di Terengganu pada tahun lalu adalah kolorektal iaitu 123 kes (19.8 peratus), kanser payudara 85 kes (13.7 peratus) dan kanser paru-paru 69 kes (11.1 peratus).

“Selain itu, leukaemia pula merekodkan sebanyak 45 kes (7.2 peratus) dan kanser tiroid pula 29 kes (4.7 peratus),” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat Terengganu di Taman Tasik Bandar Al Wathiqu Billah di sini hari ini.

Kasemani berkata, ramai pesakit kanser negeri ini hanya tampil membuat saringan setelah keadaan kesihatan mereka bertambah teruk.

Tambah beliau, kelewatan melakukan saringan kesihatan tersebut menyebabkan sebanyak 59.3 peratus kes kanser kolorektal dan 56.5 peratus kes kanser payudara di negeri ini hanya dikesan pada tahap tiga dan empat.

“Selain itu, sebanyak lapan pesakit lesi mulut telah didiagnosis kanser mulut hasil saringan di klinik pergigian dengan empat daripadanya sudah berada pada tahap keempat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI