fbpx

Kerajaan negeri junjung kasih titah Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika memberikan amanat kepada sebahagian anggota APM Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, minggu lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, titah baginda yang juga Pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hari ini kerana Sultan Sharafuddin mengambil serius isu terbabit
dengan ada pihak lain yang sengaja mempolitikkan pembatalan peruntukan berkenaan.

“Baginda melihat isu (pembatalan 16 peruntukan) adalah isu perlembagaan dan urusan pentadbiran negara serta pentadbiran syariah berbanding pihak yang mempolitikkan isu terbabit,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri majlis perhimpunan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi MKI sempena Mesyuarat MKI kali Ke-71 di Putrajaya hari ini bertitah agar semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.

Baginda turut bertitah kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara perlu sentiasa didokongi oleh rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut, Amirudin menegaskan bahawa kerajaan negeri akan sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam merangka apa-apa peruntukan baharu untuk enakmen negeri.

“Kerajaan negeri menyokong tindakan Kerajaan Persekutuan meminda Perlembagaan Persekutuan supaya enakmen syariah dan kuasa (di bawah enakmen itu) dapat diperkukuhkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI