fbpx

[VIDEO] Pukul ibu sebab tak bagi duit beli dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan polis sedaya upaya memujuk suspek melepaskan ibunya (dalam pagar) di flat Jalan Gangsa, Jelutong, semalam.

GEORGE TOWN – Gagal mendapatkan wang daripada si ibu dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak ganas memukul warga emas itu dipercayai dengan tukul dan rotan serta mengancam mahu meletupkan rumah mereka di Jalan Gangsa di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, suspek dipercayai meminta wang daripada ibunya yang merupakan seorang peniaga makanan untuk membeli dadah.

Bagaimanapun, Mohamed Usuf berkata, wanita berusia 70-an itu enggan memberikan wang kepada suspek sehingga menyebabkan suspek bertindak di luar kawalan.

“Suspek bertindak mencederakan wanita tersebut serta mahu meletupkan rumah kerana marah selepas gagal mendapatkan wang daripada ibunya dipercayai untuk membeli dadah.

“Wanita warga emas ini tidak mengalami kecederaan serius namun dia masih trauma akibat dipukul anaknya, setakat ini dia masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun selepas dia bertindak ganas dengan mengugut serta memukul ibunya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, lelaki terbabit berjaya ditahan polis selepas tiga jam dipujuk dan ditenangkan termasuk oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake.

Lelaki tersebut dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika bertindak sedemikian.

Menurut Mohamed Usuf, polis membuka tiga kertas siasatan berhubung kejadian itu iaitu Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI