fbpx

Pesawat Terhempas: Lima individu direkod keterangan bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan sayap pesawat yang dibawa keluar daripada sekitar kawasan Kampung Tok Muda, Kapar, Klang. -Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Polis telah merekodkan keterangan lima individu setakat ini berhubung nahas sebuah pesawat ringan yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kesemua individu itu melibatkan orang awam dan penduduk kampung tersebut.

“Mereka merupakan saksi-saksi kejadian yang melihat nahas berkenaan semalam.

“Lima keterangan sudah diambil bagi membantu siasatan kes berkenaan sehingga kini,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) petang ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan gambar atau video mengenai nahas berkenaan bagi menghormati sensitiviti ahli keluarga.

“Selain itu, proses siasatan juga masih sedang berjalan dan kita tidak mahu ianya terganggu,” ujarnya.

Semalam, kedua-dua mayat iaitu mendiang Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, yang merupakan juruterbang dan pembantu juruterbang, mendiang Roshaan Singh Raina, 43 ditemui tertimbus sedalam dua meter di dalam tanah pada kokpit bangkai pesawat itu.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI