fbpx

Pesawat Terhempas: 90 minit bawa keluar semua bangkai serpihan pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua serpihan bangkai pesawat BK 160 Gabriel yang berjaya dibawa keluar diletakkan di sebuah lori di hadapan Pusat Kawalan Tempat Kejadian Kampung Tok Muda, Kapar.

KLANG – Proses bagi membawa keluar serpihan bangkai pesawat ringan model BK 160 Gabriel dari ketiga lokasi sekitar Kampung Tok Muda di sini, selesai dalam tempoh 90 minit.

Ini dimulakan bermula pukul 10.50 pagi melibatkan Jalan Setia Jaya, Jalan Pusaka dan kawasan kebun kampung tersebut.

Kesemua serpihan tersebut dimasukkan dalam sebuah lori tiga tan sebelum dibawa ke hangar berhampiran Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Proses membawa serpihan kerangka utama badan pesawat daripada kawasan kebun terpaksa menggunakan jengkaut dengan didapati serpihan tersebut berlumpur susulan terbenam sedalam dua meter di kawasan tanah gambut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI