fbpx

Penyamun pantai PD dicekup di Melaka, Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang kes yang dirampas susulan tangkapan enam suspek berusia lingkungan 29 hingga 37 tahun di Melaka dan Kedah, baru-baru ini selepas dipercayai terbabit dalam kes pecah cermin kereta dan curi barang dalam kenderaan di sekitar daerah ini.

PORT DICKSON – Enam suspek berusia lingkungan 29 hingga 37 tahun ditangkap di Melaka dan Kedah, baru-baru ini selepas dipercayai terbabit dalam kes pecah cermin kereta dan curi barang dalam kenderaan di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua suspek iaitu empat lelaki dan dua perempuan yang masih direman ditangkap antara pukul 6 petang, 6 Februari lalu hingga pukul 11.50 malam, 7 Februari lalu.

Menurutnya, dua daripada suspek tersebut mempunyai 19 dan dua rekod jenayah lampau dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Hasil daripada penangkapan suspek, pihak polis berjaya menyelesaikan lapan kes pecah cermin kereta di kawasan Telok Kemang, Port Dickson dan dua kes di Alor Gajah, Melaka yang berlaku sejak Disember tahun lalu sehingga Januari lalu.

“Modus operandi suspek adalah dengan memecahkan cermin serta mengumpil kereta orang awam yang diletakkan di kawasan parkir semasa datang berkunjung ke pantai dengan menggunakan pemutar skru,” katanya kepada pemberita.

Ujar Aidi Sham lagi, jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan kira-kira RM70,000 melibatkan telefon bimbit, komputer riba, dokumen peribadi, kamera dan wang tunai.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak meletakkan barang-barang berharga di dalam kereta semasa meninggalkan kenderaan untuk ke pantai ataupun ke kedai walaupun dalam tempoh singkat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI