fbpx

Amizar dilantik Exco kerajaan negeri dalam penyusunan semula tiga portfolio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam menjadi muka baharu senarai exco kerajaan negeri apabila dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang dalam penyusunan semula portfolio Exco Kerajaan Negeri.

Susulan itu juga Ir Razali Kassim yang memegang portfolio berkenaan sebelum ini telah bertukar kepada portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri mengantikan Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Arif yang mengisi portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau yang kosong sebelum ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyusunan tiga portfolio berkenaan berkuatkuasa serta-merta dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri ini.

“Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada exco-exco yang terlibat.

“Saya berharap dengan penyusunan semula portfolio Exco kerajaan negeri Pahang, pentadbiran kerajaan negeri akan lebih kemas dan mantap terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI