fbpx

[VIDEO] Dua penunggang motosikal parah, kemalangan 7 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk lima buah motosikal dalam kejadian di Kilometer 5.4 Jalan Sultan Ismail menghala Johor Bahru, Iskandar Puteri, malam semalam.

ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal cedera parah, manakala empat yang lain cedera ringan selepas motosikal yang mereka tunggangi terbabit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 5.4, Jalan Sultan Ismail menghala ke Johor Bahru, malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.21 malam itu, mangsa yang parah masing-masing seorang wanita dan lelaki. Empat yang cedera ringan pula kesemuanya lelaki berusia 17 hingga 33 tahun.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Mazda mengubah lalu ke kiri secara mengejut kerana cuba mengelak motosikal yang terjatuh terlebih dahulu.

“Dalam masa sama, kereta Kia berada di belakang mengelak dan berhenti secara mengejut di bahu jalan.

“Datang sebuah motosikal melanggar kereta Kia disusuli kemalangan empat buah motosikal sesama sendiri yang berada di belakang,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata, kemalangan itu menyebabkan dua mangsa parah, empat cedera ringan manakala dua pemandu kereta tidak cedera.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI